in blog, family, food, life

Misi mencari mi kolok

at

Assalamualaikum bersua kembali. Siapa pernah pergi ke Sarawak? Semestinya makanan yang femes disini adalah mi kolok dan laksa Sarawak selain daripada kek lapis Sarawak. Pernah cuba mi kolok tak? Biasanya mi kolok ini ada dua jenis iaitu mi kolok sapi dan mi kolok ayam. Dan untuk yang non-muslim pula mi kolok…. (tak perlu Safiena mention ya).

Okay, nak dijadikan cerita, memandangkan hubbyy offday hari ini, kami sekeluarga keluar sekejap nak cari mi kolok. Suami Safiena ni mahir(taklah mahir sangat) buat mi kolok. Sebenarnya kita nak buat mi kolok ayam dalam kuantiti yang banyak untuk dijual. Favorite Safiena ni. Kalau keluar jalan-jalan cari makan memang tak sah kalau tak order mi kolok. 

Destinasi pertama kita pergi Ke Giant, since tak jauh dari rumah Safiena. Tapi agak mengecewakan sebab takde jual mi kolok mentah. Anak-anak memanglah seronok jejalan pusing Giant. Hihihi.. Si adik seronok dalam troli manakala si kakak berebut dengan ayahnya nak sorong troli. Maknya pula sibuk ambik gambar hihi.




Destinasi kedua pula, kami menuju ke Everrise. Alhamdulillah jumpa mi kolok yang dicari. Biasanya suami Safiena beli dari supplier yang membekalkan mi kolok. Tapi tak sempat pula nak order sebab dah lambat. Last minit ada tempahan mi kolok. 


Okay mission dah complete. Sekian dulu update untuk hari ini. Agak lambat update sebab dah tengah malam ni. In shaa Allah jumpa lagi dalam next entry. Adiosssss…. 

Share:

safiena

Hi I am Safiena from Malaysia. Married, mother of two super-active kiddos! Loves pastel color especially PINK. Passionate with cute graphic design i.e makeover blog. Start blogging since 2008.

“Be who you are and say what you feel, because those who mind don’t matter, and those who matter don’t mind.”
― Bernard M. Baruch

Leave a comment here sweetie

avatar
  Subscribe  
Notify of