in family, Parenthood

Sindrom Mengamuk

at

Salam berhujung minggu buat bloggers semua. Pastinya ada yang keluar bersama keluarga yang tersayang. Quality time with family. Dihujung minggu ini kami sekeluarga tidak ketinggalan keluar bersama sebab bukan selalu dapat keluar lebih-lebih bila suami bekerja. Seperti biasa happy face memang jelas terpancar diwajah anak kecil sebab dia tahu nak pergi jejalan. Setibanya di destinasi yang dituju tiba-tiba sahaja………. TANTRUM melanda. Bagaikan tsunami hehe.. Mommy dia ni hanya mampu mengurut dada agar ditingkatkan lagi kesabaran.


Apa itu Tantrum? Tantrum adalah sindrom mengamuk yang biasanya berlaku kepada anak-anak kecil. Macam kes Ainna, satu-satunya puteri Safiena yang masih ditahap rendah tatabahasanya. Begitulah caranya dia express her feelings dan cara dia communicate. Ini akan diekspresikan dengan menangis, memukul, menjerit, menendang bahkan ada yang mencederakan diri sendiri dan apa saja yang ada didepan mata seperti merosakkan mainan dan sebagainya. Proses memujuk perlu dengan penuh kesabaran. Kalau kita menengking lagi kuat tsunami puting beliung tu.  Bila tsunami tantrum melanda dengan secepat flashman kami akan beredar dari tempat tu dan straight balik ke rumah. Memang takdapat singgah lagi tu.

Berikut beberapa cara untuk mengatasai temper tantrum sebagai rujukan ibubapa diluar sana termasuk Safiena sendiri.

  1. Bertenang dalam menghadapi anak anda yang mengalami temper tantrum.
  2. Membiarkan sahaja anak anda sampai kemarahannya reda, memberi peringatan kepada anak agar tidak begitu dengan intonasi yang lembut tapi tegas.
  3. Jangan memukul anak anda. Seeloknya peluk sampai mereka tenang.
  4. Cari punca kemarahan anak.
  5. Hentikan memberikan anak anda imbalan ketika akan menghentikan kemarahannya.
  6. Alihkan perhatian mereka kepada hal-hal yang positif.
  7. Jauhkan benda-benda yang berbahaya dari sekitar anak anda yang sedang marah.
  8. Anda harus membiasakan diri berkomunikasi secara terbuka dengan anak dan juga berikanlah pujian apabila kemarahannya telah reda.

Semoga parents diluar sana banyak-banyakkan bersabar bila menghadapi situasi sebegini. Elakkan dari mengasari anak-anak kerana ini secara tidak langsung akan menanam sifat kasar kedalam jiwa mereka. Sayangi mereka dengan penuh kasih sayang.

Share:

safiena

Hi I am Safiena from Malaysia. Married, mother of two super-active kiddos! Loves pastel color especially PINK. Passionate with cute graphic design i.e makeover blog. Start blogging since 2008.

“Be who you are and say what you feel, because those who mind don’t matter, and those who matter don’t mind.”
― Bernard M. Baruch

Leave a comment here sweetie

avatar
  Subscribe  
Notify of