in blog, People

Enam anggota penyelamat Bomba maut.

at

Alhamdulillah kita bersua lagi dibulan Oktober. Pejam celik dah menghampiri penghujung tahun 2018. Usia semakin bertambah. Semoga kita sama-sama tingkatkan amalan sebagai bekalan disana nanti.

Safiena masih terkesan dengan berita yang amat mengejutkan dimana seramai 6 orang anggota penyelamat bomba dari Shah Alam dan Kelang, Selangor telah maut dalam pusaran air semasa dalam operasi menyelamat seorang pelajar yang dipercayai terjatuh kedalam tasik di Puchong. 


Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa sayu dan pilunya hati ini menerima berita ini. Hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat wira-wira negara ini. Semoga ditempatkan mereka dikalangan para syuhada. Aamin…

Difahamkan bahawa salah seorang anggota tersebut berasal dari Matu, Sarawak. Arwah, Yahya bin Ali sempat menelefon ibunya sebelum keluar bertugas dalam operasi menyelamat. Salam takziah buat keluarga arwah. 

Berita selanjutnya baca disini : 

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.

Share:

safiena

Hi I am Safiena from Malaysia. Married, mother of two super-active kiddos! Loves pastel color especially PINK. Passionate with cute graphic design i.e makeover blog. Start blogging since 2008.

“Be who you are and say what you feel, because those who mind don’t matter, and those who matter don’t mind.”
― Bernard M. Baruch

Leave a comment here sweetie

avatar
  Subscribe  
Notify of